APA
APEL
NI?
laluan menyambung pengajian melalui pengalaman kerja


APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning)

APEL (Accreditation of Prior Experiental Learning) diwujudkan bagi menyediakan laluan khas untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi berdasarkan pengalaman kerja untuk mereka yang memilik pendidikan formal tetapi tidak mencukupi syarat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

APEL mengalakkan seseorang individu meningkatkan pengetahuan secara berterusan yang membawa kepada penganugerahan sijil kelayakan formal (Fully Academic Certifications).

APEL memberi peluang yang cerah dalam perkembangan kerjaya individu tersebut.


Peluang Melanjutkan Pengajian Melalui Pengalaman Kerja

APEL A

Bagi mereka yang gagal SPM atau lulus SPM berhasrat untuk menyambung pengajian keperingkat IJAZAH SARJANA MUDA yang diiktiraf MQA di Saito University College, pembelajaran 100% secara online (ODL), kelas online hanya 2 kali sebulan, tanpa perlu memiliki Diploma.

APEL C

Bagi mereka yang memilik DIPLOMA / STPM atau setaraf berhasrat untuk menyambung pengajian keperingkat MASTER yang diiktiraf MQA di Saito University College, pembelajaran 100% secara online (ODL), kelas online hanya 2 kali sebulan, tanpa perlu memilik Ijazah Sarjana Muda.


MQA & APEL

MQA telah memperkenalkan APEL sebagai inisiatif pembelajaran sepanjang hayat. APEL adalah pengkreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (Accredition of Prior Experiental Learning - APEL). Ia didefinisikan sebagai satu proses sistematik yang melibatkan identifikasi, dokumentasi dan penilaian pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu.

APEL memberi peluang kepada mereka yang mempunyai pengalaman berkerja tetapi kekurangan kelayakan atau tiada kelayakan akademik untuk menyambung pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi . Secara umumnya , penilaian APEL melibatkan penilaian terhadap ilmu yang diperolehi oleh seseorang itu menerusi pendidikan formal mahupun menerusi pengalaman terdahulu.

Untuk permohonan APEL semua akan diuruskan oleh pihak kami bersama permohonan anda melanjutkan pengajian.


PERMOHONAN KERJA / KENAIKAN PANGKAT

Permohonan kerja atau permohonan kenaikan pangkat di sektor kerajaan, GLC atau swasta bagi mereka yang melanjutkan pengajian melalui kemasukan secara kelayakan APEL anda tidak perlu risau, kerana ketika membuat permohonan kerja atau permohonan kenaikan pangkat anda perlu kepilkan salinan keputusan/Sijil APEL anda beserta Diploma/Ijazah/Master anda. Sijil APEL ini di keluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia melalui MQA.

output-onlinepngtools (30)
output-onlinepngtools (33)
KPTM
JPA
MDS64

BRANDING